Sunday 22 September 2013

Kecemerlangan

Semua ibu bapa mahukan anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka. Orang biasanya tidak tanya berapa duit kita tetapi mereka akan tanya apa keputusan yang diperolehi anak kita dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan ia akan menjadi tajuk utama perbualan dikalangan jiran tetangga, sanak saudara dan rakan sejawat. Tekanan inilah yang menyebabkan ramai ibu bapa cuba melakukan pelbagai usaha dalam membantu anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Yang mampu, sanggup berbelanja besar menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang dikelolakan oleh guru-guru pakar. Tekanan yang diterima dari masyarakat ini membuatkan ibu bapa ada ketikanya 'memaksa' anak-anak supaya cemerlang.

Sebelum kita menekan anak-anak cuba semak diri kita dahulu. Adakah kita telah memainkan peranan kita sebaiknya dalam membantu mereka merealisasikan kecemerlangan tersebut?



Anak-anak cemerlang dicipta dan diadun dengan begitu teliti. Tiada jalan "short cut". Sekiranya kita bersedia dan menggunakan kaedah serta jalan kecemerlangan, 99% bakal menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment